Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Nahas jalan raya, seorang rentung 3 cedera

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 16 Feb - Seorang rentung dan tiga lagi cedera dalam nahas jalanraya di lebuhraya Elite awal pagi tadi.

Dalam insiden itu, kereta dinaiki mereka dikatakan terbabas sebelum terbakar.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor; Hafisham Mohd Noor, kejadian di kilometer 19.5 lebuhraya Elite itu berlaku kira-kira pukul 3.45 pagi.

Ketika melalui lokasi terbabit, kereta dinaiki empat lelaki berusia sekitar 20an itu dikatakan hilang kawalan dan terlanggar sebatang pokok.

Ia kemudian tersasar ke luar kawasan lebuh raya sebelum terbakar.

Pemandu yang terperangkap, maut di tempat kejadian.

Manakala tiga lagi mangsa berjaya diselamatkan.

Mayat si mati dan mangsa cedera dibawa ke Hospital Putrajaya.

Siasatan mengenai punca kejadian masih disiasat.