Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

Skuad badminton lelaki negara tewaskan Jepun 3-0, mara ke perlawanan akhir

  • Published in Sukan

MANILA, 15 Feb - Skuad badminton lelaki negara cemerlang apabila berjaya menundukkan pilihan kedua kejohanan, Jepun, 3-0, sekali gus mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2020 di Manila.

Malaysia mengutip mata pertama menerusi ketua pasukan Lee Zii Jia yang mengatasi pemain nombor 10 dunia, Kanta Tsuneyama, 21-11, 8-21 dan 21-11

Mata kedua skuad negara diperoleh menerusi beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menumpaskan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 21-18, 21-15.

Malaysia mendapat mata kemenangan mutlak selepas Cheam June Wei mengejutkan pemain nombor 13 dunia, Kenta Nishimoto, 21-19, 3-21 dan 21-12.

Sementara itu skuad wanita negara tumpas 0-3 kepada Jepun di separuh akhir.

Bagaimanapun semua pasukan yang berjaya ke peringkat empat terbaik telahpun mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Thomas/Piala Uber 2020.