Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Dhabitah layak ke sukan olimpik Tokyo 2020

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL - Meraih pingat emas acara tiga meter papan anjal individu wanita pada Kejohanan Terjun Piala Asia, melayakkan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kejayaan itu menyaksikan dirinya merupakan penerjun keempat negara yang mengesahkan slot selepas Pandelela Rinong, Leong Mun Yee dan Wendy Ng Yan Yee.

Berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Dhabitah mencatat 313.85 mata untuk mengungguli saingan mengatasi rakan senegara, Loh Zhiayi, di tempat kedua dengan 223.45.

Gangsa menjadi milik wakil Indonesia, Linadini Yasmin, dengan 191.30 mata.

Serentak dengan kejayaan ini, beliau berhasrat meningkatkan tahap darjah kesukaran terjunan menjelang temasya di Tokyo, bagi memberikan saingan kepada penerjun berkelas dunia yang lain.

Ini merupakan penampilan kedua Dhabitah pada Sukan Olimpik, selepas kali pertama pada 2016 ini penampilan kali kedua Dhabitah di Sukan Olimpik, selepas kali pertama di Rio 2016.