Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Tan Cheng Hoe ingatkan pemain agar beri tumpuan kepada perlawanan menentang UAE

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL - Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengingatkan anak-anak buahnya, agar tidak lagi terbuai dengan kemenangan ke atas Indonesia, tetapi mengalihkan tumpuan kepada perlawanan seterusnya menentang UAE.

Mengakui pertemuan dengan pasukan itu lebih menguji kekuatan Harimau Malaya, Cheng Hoe merancang untuk mengatur strategi berbeza.

Skuad negara perlu berwaspada di setiap posisi terutama di bahagian serangan, memandangkan UAE boleh dianggap sebuah pasukan yang lengkap.

Skuad UAE tiba di ibu negara beberapa hari lalu.

Dilatih jurulatih berpengalaman dari Belanda Bert Van Marwijk, 'Al-Abyad' diletakkan selaku pilihan di atas kertas, dengan memiliki barisan pemain berbisa. ###