Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

FAM jumpa AFC bincang pelan keselamatan elak insiden di Stadium Gelora Bung Karno berulang

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Susulan insiden kekecohan segelintir penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Khamis lalu

Wakil Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC mengesahkan laporan Pegawai Komisioner Perlawanan dan Pegawai Keselamatan FIFA pada perlawanan Indonesia-Malaysia, telah dihantar kepada badan induk itu untuk penilaian dan tindakan.

FAM turut mendapatkan nasihat daripada AFC untuk membantu menyediakan pelan keselamatan komprehensif menjelang pertemuan kedua pada 19 November depan di Bukit Jalil, bagi mengelak insiden sama berulang.

Pada pertemuan di AFC House Bukit Jalil, F-A-M diwakili Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam dan Ketua Unit Perundangan FAM, Shahida Bashirah Hishamuddin.

Manakala AFC diwakili Ketua Keselamatan dan Sekuriti Stadium, Brian Johnson, Pengurus Keselamatan dan Sekuriti Stadia, Shahin Rahmani dan Pengurus Acara Bola Sepak Unit Pertandingan & Bahagian Acara Bola Sepak, Deng Xiaolong.

Kelmarin, Stuart Ramalingam turut mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul, bagi menyuarakan kebimbangan terhadap insiden di Jakarta.