Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Pasangan beregu profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong layak ke final Terbuka Taiwan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan.

Pasangan beregu profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menghampiri untuk memenangi gelaran kedua mereka musim ini, selepas layak ke final.

Pemenang pingat Perak Olimpik Rio 2016 yang memenangi Masters Thailand di Bangkok pada Januari, bagaimanapun dipaksa bekerja keras oleh pasangan Denmark Mathias Boe-Mads Conrad Peterson, sebelum menang 18-21, 21-11, 21-12, pada perlawanan separuh akhir, mengikut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldtour.bwfbadminton.com/.

Goh-Tan akan bertemu Solgyu-Seo Seung Jae dari Korea di final esok, selepas pasangan tersebut meneruskan permainan baik mereka dengan mengejutkan pasangan pilihan kedua, Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan; 19-21, 25-23, 23-21 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Terdahulu pasangan beregu campuran yang juga merupakan pasangan pilihan pertama, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, tewas 10-21, 17-21 kepada pasangan pilihan keempat, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong, pada perlawanan separuh akhir.

Terbuka Taiwan, satu Kejohanan BWF Super 300, menawarkan hadiah keseluruhan US$500,000 (RM2.088 juta).