Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

Sistem pengurusan kebersihan lebih cekap dan efisien akan diperkenal

  • Published in Nasional

PASIR PUTEH, 14 Feb - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kerajaan negeri Kelantan akan memperkenalkan sistem pengurusan lebih cekap dan efisien dalam usaha meningkatkan tahap kebersihan di kawasan pasar.

Ia merangkumi soal pengurusan, pendidikan dan penguatkuasaan kepada pengunjung termasuk peniaga supaya tidak membuang sampah sesuka hati.

Setakat ini, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM12 juta untuk projek pembinaan pasar baharu di negeri itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kebersihan kawasan pasar di negara ini masih rendah apabila berada pada tahap 40% berkaitan aspek berkenaan.

Katanya, masalah itu berpunca daripada sikap dan tabiat orang ramai yang masih tidak berubah berkaitan aspek kebersihan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Pasar Siti Sarah, Selising di Pasir Puteh.