Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

Sistem sterilisasi untuk sembur pekerja sebelum bertugas

  • Published in Berita Dunia

CHINA, 13 Feb - Orang ramai terpaksa melalui sistem semburan kabus untuk membasmi kuman sebelum memulakan kerja di Chongqing, China.

Menurut laporan China News Service, sebuah syarikat di bandar Chongqing telah membina dua sistem sterilisasi untuk menyembur pekerja di sebuah kompleks perindustrian sebelum mereka mula bertugas.

Sistem ini dilengkapi dengan pengesan inframerah yang mengaktifkan semburan ketika seseorang menggunakannya.

Alat semburan ini hanya mengambil masa 10 hingga 20 saat untuk keseluruhan proses tersebut.

Semburan kabus ini dihasilkan bertujuan untuk membasmi kuman.

Dua sistem ini dapat memenuhi keperluan untuk sekurang-kurangnya seribu orang.

Kes wabak maut ini dijangka berakhir April depan, tetapi pakar perubatan global memberi amaran mengenai penyebaran di tempat lain seluruh dunia.