Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

FAM Akan Buat Aduan Rasmi Insiden Di Gelora Bung Karno Kepada FIFA

  • Published in Sukan

JAKARTA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuat aduan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Dunia FIFA, ekoran insiden melibatkan penyokong tuan rumah di Stadium Gelora Bung Karno.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiada tolak ansur terhadap sebarang bentuk tindakan yang membelakangkan semangat kesukanan.

Menegaskan perkara itu di laman Instagramnya, Syed Saddiq yang bersama para penyokong Harimau Malaya di stadium berkata... laporan rasmi juga akan dibuat beliau kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatannya di negara itu.

Ini memandangkan, keselamatan para pemain dan penyokong Malaysia di tempat lawan satu keutamaan.

Lebih-lebih lagi, sukan bola sepak sepatutnya menjadi medium penyatuan.

Jelas Syed Saddiq, perlawanan terpaksa dihentikan seketika kerana pelbagai objek dicampak kepada penyokong Malaysia, selain cubaan menceroboh zon penyokong yang sudah diasingkan.