Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Skuad Harimau Malaya memulakan saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan langkah kanan dengan membenam tuan rumah, Indonesia 3-2

  • Published in Sukan

JAKARTA - Skuad Harimau Malaya memulakan saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan langkah kanan dengan membenam tuan rumah, Indonesia 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Mohamadou Sumareh muncul wira dengan jaringan kemenangan pada masa kecederaan, sekaligus memastikan tiga mata penuh buat negara.

Pada aksi pembukaan Kumpulan G itu, Indonesia terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Alberto Goncalves pada minit ke-12.

Anak buah Tan Cheng Hoe terpaksa menunggu sehingga minit ke-37 untuk menyamakan kedudukan apabila Sumareh menyudahkan umpanan Nor Azam Azih.

Goncalves bagaimanapun sekali lagi menggegar kubu Malaysia selepas rembatannya dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol, Farizal Marlias, kembali memintas kedudukan 2-1.

Babak kedua, Malaysia kembali mengikat kedudukan menerusi Syafiq Ahmad yang menanduk masuk bola hantaran Safawi Rasid pada minit ke-66.

Dan pada masa kecederaan, Sumareh menceriakan kem negara apabila meledak gol kemenangan sekaligus memadam ego skuad Garuda.

Harimau Malaya akan meneruskan aksi kedua Kumpulan G berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Bukit Jalil, Selasa ini.