Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Selangor mahu lahir ramai atlet luncur ais, blueprint pembangunan atlet muda telah dirangka

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 28 Jan - Persatuan Luncur Ais Negeri Selangor mensasarkan lebih ramai atlet kelahiran negeri itu akan bersaing di Olimpik Remaja Musim Sejuk 2024 di Korea Selatan.

Jelas Presidennya Fadzil Johan, persatuan telah merangka blueprint meliputi pembangunan atlet muda termasuk kerjasama dengan negara luar.

Antara yang telah dirangka adalah program tahunan bersama Institut Sains Sukan India dan Teknologi Pune India serta latihan pusat bersama Pusat Luncur Ais India yang turut dihadiri pemenang pingat emas Olimpik Korea, Chung Lee-Kyung pada awal Januari lalu.

Tambahnya Persatuan turut mendapat kerjasama dari Majlis Sukan Negeri Selangor menerusi pemberian dana dalam misi menjadikan Selangor sebagai pengeluar atlet luncur ais kebangsaan.

Untuk tahun ini, dua atlet negara, Sean Yeo dan Dione Tan berjaya layak bertanding di Olimpik Remaja Musim Sejuk, Lausanne, Switzerland.