Thursday, February 27, 2020

updated 5:39 AM UTC, Feb 27, 2020

Juara Liga Super enam kali berturut-turut, JDT tewaskan Turkmenistan 2-1

  • Published in Sukan

DUBAI, 27 Jan - Juara Liga Super enam kali berturut-turut, JDT berjaya menumpaskan skuad Kebangsaan Turkmenistan 2-1.

Perlawanan persahabatan berkenaan merupakan aksi ketiga Skuad Harimau Selatan sepanjang pra musim di Dubai.

Dalam aksi di Stadium Jebel Ali Coe itu, JDT berada di hadapan apabila mendahului melalui sepakan penalti Safawi Rasid pada minit ke-39 perlawanan.

Turkmenistan kemudiannya bangkit untuk menyamakan kedudukan melalui jaringan Metdayev Akmammet, lapan minit selepas saingan babak kedua bersambung.

Namun kedudukan tidak kekal lama apabila JDT sekali lagi memperolehi sepakan penalti disempurnakan Diogo Luis Santo, menjadikan perlawanan berpihak kepada Skuad Harimau Selatan.

Dua lagi pertemuan JDT di Dubai selepas ini kelab dari Slovakia dan Emirates FC, masing masing pada 29 dan 30 Januari ini.