Thursday, February 27, 2020

updated 4:53 AM UTC, Feb 27, 2020

BAM menaruh keyakinan tinggi terhadap perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk layak ke Sukan Olimpik 2020

  • Published in Sukan

KEDAH - Persatuan Badminton Malaysia, BAM menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun, Julai ini.

Bagaimanapun, Naib Presiden BAM, Datuk Teoh Teng Chor berkata, pemain itu perlu meningkatkan prestasi dan sentiasa fokus serta menampilkan aksi luar biasa pada kejohanan yang disertai.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Badminton Kedah bercakap kepada RTM selepas mengadakan Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina di Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar.

Pada kejohanan Thailand Masters 2020 yang sedang berlangsung, Zii Jia tersingkir di pusingan kedua selepas tewas kepada pemain Korea Selatan, Kwang Hee Heo, dengan keputusan 21-19, 15-21,21-16.

Pemain dari Alor Setar itu akan mengetuai pasukan badminton negara ke Kejohanan Pasukan Asia di Manila, Filipina bermula 11 hingga 16 Februari ini.