Thursday, February 27, 2020

updated 5:52 AM UTC, Feb 27, 2020

Liverpool terus selesa di puncak liga dengan kelebihan 16 mata

  • Published in Sukan

LIVERPOOL - Pendahulu liga Perdana Inggeris, Liverpool terus selesa di puncak liga dengan kelebihan 16 mata selepas menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-1 di Stadium Molineux.

Ketua pasukan, Jordan Henderson terlebih dahulu meletak pelawat dihadapan pada minit ke-8.

Namun Raul Jimenez berjaya memadam kelebihan berkenaan pada minit ke 51 sekaligus seakan-akan berjaya memadamkan rekod 14 kemenangan berturut-turut juara Eropah itu.

Namun The Reds berjaya melakar kemenangan dramatik seperti bertemu Aston Villa dan Crystal Palace di awal musim apabila Roberto Firmino meledakkan gol kemenangan 6 minit sebelum tamat perlawanan.

Kemenangan iini meletakkan anak buah Jurgen Klopp dilandasan tepat bagi menamatkan kemarau 30 tahun merangkul gelaran liga.

Liverpool kini sudah merekodkan 22 kemenangan daripada 23 perlawanan liga musim ini berkelebihan baki satu perlawanan di tangan ke atas Manchester City.