Logo

Kemasukan acara angkat berat dalama SUKMA 20 akan diputuskan September ini

FOTO - RTM


KULAI - Kemasukan acara angkat berat dalam penganjuran Sukan Malaysia, SUKMA 20, Johor 2020 akan diputuskan Jawatankuasa Tertinggi SUKMA September ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh Persatuan Angkat Berat Malaysia sebelum acara itu dibenarkan masuk dalam temasya tersebut.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan, acara angkat berat masih diperhalusi berikutan isu doping dalam kalangan atletnya.

Tambahnya, senarai akhir acara SUKMA 20, Johor 2020 akan dimaklumkan September ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.