Monday, August 26, 2019
updated 4:59 AM UTC, Aug 26, 2019

Harimau dipilih sebagai Logo dan Maskot temasya Sukan Malaysia, SUKMA 20, Johor 2020

  • Published in Sukan

JOHOR BAHRU - Harimau yang menjadi simbol Harimau Selatan dipilih sebagai Logo dan Maskot temasya Sukan Malaysia, SUKMA 20, Johor 2020 yang akan berlangsung tahun depan.

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal di Kulai, petang tadi.

Maskot yang dinamakan Jimi itu melambangkan seekor harimau yang aktif , comel dan ceria namun memiliki perwatakangarang dan berani.

Ia turut menampilkan ciri kesultanan zaman berzaman yang menjadi identiti negeri Johor.

Manakala logo Sukma 20, Johor 2020 pula menggunakan tulis Jawi dengan rekabentuk moden dan beridentitikan kesukanan serta mencerminkan wawasan belia dan golongan muda berpandangan jauh.

Eleman jawi huruf "Jim" mewakili negeri Johor serta memaparkan identiti negeri itu yang masih memartabatkan tulisan berkenaan.

Sementara itu selaku tuan rumah, Johor akan memanfaatkan peluang untuk bergelar Juara Keseluruhan pada temasya yang dijadual berlangsung dari 11 hingga 19 Julai tahun depan.

Melalui persediaan ketika ini, Johor yakin mampu mencapai tidak kurang 60 pingat emas untuk berada di kedudukan terbaik temasya itu.

Mengulas tentang venue, Datuk Dr. Sahruddin berkata, selain menerima peruntukan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri turut memperuntukkan
sebanyak RM 424 juta bagi membangunkan 8 venue baru serta menaik taraf 3 venue.