Monday, August 26, 2019
updated 3:04 AM UTC, Aug 26, 2019

Terengganu FC II menang ke atas Kuala Lumpur 2-1

  • Published in Sukan

FOTO - RTM


TERENGGANU - Saingan bolasepak Challenge Cup 2019. Juara bertahan, Terengganu FC 2 turut mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama kumpulan B menewaskan Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah.

Terengganu FC 2 merupakan juara edisi 2018 dan dilihat menguasai permainan sepanjang separuh masa pertama.

Skuad pantai timur itu bagaimanapun terpaka menunggu sehingga penghujung separuh masa pertama untuk mendahului perlawanan melalui rembatan penyerang Bruno Junichi Suzuki pada minit ke-45.

Memasuki separuh masa kedua, TFC2 diberikan sepakan penalti pada minit ke-55, namun sepakan Bruno Suzuki diselamatkan penjaga gol Kuala Lumpur, Mohd Faridzean.

Pada Minit ke-62 Bruno Suzuki menebus kesilapan menghasilkan gol kedua TFC2.

Ketika perlawanan hampir tamat, Kuala Lumpur merapatkan jurang gol menerusi Paulo Josue Sturmer pada minit ke-89.

Namun sudah terlambat untuk memberikan kemenangan kepada TFC2.