Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

Abu Samah tekad buru kemenangan di Kejohanan ITF Three Future

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Pemain tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan tidak mahu menjadikan kedudukan di rangking 47 dunia sebagai zon selesa untuk layak secara merit ke kelayakan Olimpik Tokyo 2020 tahun depan.

Sebaliknya dia tekad untuk terus memburu mata di tiga Kejohanan ITF Three Future yang akan di adakan pada 24 Ogos hingga 1 September ini.

Abu Samah Borhan baru sahaja muncul juara di Kejohanan Tenis Berkerusi Roda Nottingham Future, England penghujung Julai lalu dengan menumpaskan pilihan utama dari Thailand, Suthi Khlongrua 6-2, 7-6.

Namun sebelum itu di saingan Itali Future dia terkandas di peringkat suku akhir.

Sehubungan itu, pemenang emas acara sama Sukan Para Asia 2017 ini, menganggap peluang beraksi di Selangor Open, Kuala Lumpur Open dan Malaysia Open pada 19 Ogos hingga 1 September ini adalah medan terbaik untuk terus memungut mata ke kelayakan Olimpik 2020.

Tambah beliau, biarpun tarikh akhir untuk kelayakan adalah pada bulan Mei 2020, dia tidak mahu menunggu di saat-saat akhir untuk mengumpul mata, sebaliknya berazam memungut mata sebanyak mungkin bagi membolehkan layak secara automatik dengan kedudukan selesa.