Monday, August 26, 2019
updated 3:04 AM UTC, Aug 26, 2019

Ronaldo harap dapat pulang ke Madrid semula

  • Published in Sukan

SEPANYOL - Bintang sensasi Portugal Cristiano Ronaldo yang pernah menjaringkan 450 gol ketika bersama Real Madrid sepanjang sembilan tahun ketika bersama kelab itu, berharap untuk pulang semula ke kota Madrid.

Mengakui kerinduan terhadap ibu negara Sepanyol itu, Ronaldo yang kini bermain sebagai penyerang pasukan Juventus berkata demikian ketika menerima anugerah berprestij Marca Legend, semalam.

Marca Legend, sebuah anugerah yang diberikan oleh akhbar sukan Sepanyol kepada ahli sukan profesional mengiktiraf penglibatan Ronaldo yang pernah membantu Real Madrid menjulang 4 trofi Liga Juara-Juara, dua gelaran La Liga dan Piala Raja Sepanyol ketika bermain bagi kelab gergasi itu.

Ronaldo ketika ditemubual mengucapkan terima kasih dan bangga atas anugerah yang diterimanya, di samping meluahkan kesedihannya kepada kota Los Blancos.

Beraksi bersama kelab Juventus di Itali dengan liga berbeza dan rakan pasukan baharu pada usia 33 tahun, sedikit sebanyak turut menjadi kesukaran buatnya melupakan Real Madrid.

Sebagai rekod peribadi, Ronaldo yang juga pernah bermain bagi kelab Manchester United pernah menjaringkan 450 gol sepanjang 438 perlawanan sebelum berpindah ke Juventus.