Siti Nurshuhaini idam beraksi di separuh akhir
BUKIT KIARA, 21 Mac- Pemain badminton perseorangan wanita negara, Siti Nurshuhaini Azman meletak sasaran untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Sukan SEA 2023 di Kemboja, Mei depan.
Ia bakal menjadi penampilan kedua buat pemain berusia 18 tahun ini di temasya dwi tahunan tersebut selepas edisi di Hanoi tahun lalu.
Menurut Siti Nurshuhaini, pengalamannya beraksi pada tahun lalu diharap dapat membantunya mencapai sasaran tersebut selain menyuntik semangatnya meningkatkan mata ranking.
"Tapi cuma kadang- kadang tidak ada rezeki hendak masuk kejohanan itu. Macam tidak dapat melepasi peringkat kelayakan, jadi saya rasa macam cuba untuk masuk kejohanan kecil dulu untuk dapatkan mata.
"Selepas itu kalau ada rezeki dapat masuk kejohanan besar, saya akan buat yang terbaik," kata Siti Nurshuhaini ketika ditemui ketika sesi latihan di Akademi Badminton Negara di sini.
Siti Nurshuhaini merupakan antara pemain yang akan menggalas cabaran Malaysia dalam acara perseorangan wanita bersama dua lagi pemain, iaitu Tan Zhing Yi dan Wong Ling Ching.
Dalam saingan Sukan SEA di Hanoi sebelum ini, pemain ranking ke-193 dunia itu terkandas di peringkat suku akhir.
(Siti Nurshuhaini idam beraksi di separuh akhir)
- Written by Media Baharu
- Category: Sukan
- Hits: 1