Friday, 27 May 2022

JAPEN Terengganu perhebat program Info On Wheel berkaitan PKP

 

MARANG, 23 Mac - Jabatan Penerangan Terengganu memperhebat Program Info On Wheel (IOW) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia sebagai usaha mencegah penularan wabak COVID-19 dan mengawal pergerakan masyarakat agar berada di rumah.

Memasuki hari keenam PKP dikuatkuasakan, 400 lokasi sudah dijelajahi melibatkan 650 kali hebahan.

Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu, Azahar Ismail berkata, inisiatif itu adalah satu daripada pendekatan agensi berkenaan untuk membantu menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Kenderaan Jabatan tersebut di lapan daerah digerakkan untuk menyampaikan maklumat PKP di kawasan tumpuan ramai antaranya pasar besar, pasar basah, pasaraya dan kedai kopi serta kawasan perumahan.

Ketika bercakap di Rhu Rendang, Marang, beliau menyatakan kaedah berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 40-ribu orang di seluruh kawasan terlibat.

Pada masa sama Azahar menasihati masyarakat agar mematuhi PKP dengan mengehadkan pergerakan di luar rumah sepanjang tempoh tersebut.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Semasa
  • Hits: 1043