Monday, 16 May 2022

COVID-19 : Orang ramai diminta rujuk sumber rasmi dan elak menyebar berita palsu

CYBERJAYA, 4 Mac - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menyebarkan berita palsu berkaitan penularan COVID-19.

Dalam satu kenyataan, tegas MCMC, penyebaran berita palsu hanya menimbulkan suasana panik dan tidak tenteram kepada masyarakat.

Bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih mengenai Covid-19, orang ramai perlu merujuk sumber rasmi Kementerian Kesihatan atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

MCMC turut meminta agar orang ramai melayari portal atau aplikasi sebenarnya.my untuk mengenal pasti kesahihan sesuatu berita.

Selain boleh menyemak atau memajukan berita yang tidak dipastikan kesahihannya kepada KKM melalui pautan “Salur kepada kami” di Aplikasi itu.

Aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun melalui platform Google Play Store dan Apple App Store.

Tegas MCMC lagi, penciptaan atau penyebaran berita dan kandungan palsu adalah satu kesalahan
di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 .

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum 50 ribu ringgit atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Semasa
  • Hits: 2018