Wednesday, 26 January 2022

updated 10:25 AM UTC, Jan 26, 2022

Kerajaan sasar 1 juta rumah mampu milik dibina tempoh 10 tahun

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1 juta rumah mampu milik akan dibina dalam tempoh 10 tahun.

Demikian sasaran yang diletakkan kerajaan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menjelaskan, bagi tempoh lima tahun ini, sebanyak 500 ribu unit rumah mampu milik disasar dibina.

Tambahnya lagi, pembangunan rumah yang berkualiti dan dijual pada harga yang mampu dimiliki, bertujuan agar rakyat dapat menikmati pendapatan bagi menampung sara hidup yang selesa dan juga kualiti hidup yang sejahtera.

Pada masa yang sama, memandangkan taraf ekonomi penduduk juga telah meningkat, harga rumah mampu milik adalah di bawah RM300 ribu.

 

 

  • Written by Media Baharu
  • Category: Semasa
  • Hits: 1215