Sunday, 22 May 2022

Operasi SAR tiga mangsa bot terbalik diteruskan

 

BACHOK, 1 Julai - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa bot terbalik di perairan Kemasin, Bachok Kelantan masuk hari kedua.

Operasi disambung semula pukul 6 pagi tadi, melibatkan jarak pencarian diperluas ke 324 kilometer bagi mengesan kesemua mangsa.

Komander operasi SAR, Kapten (M) Muhammad Nur Syam Asmawie Yaacob memaklumkan operasi hari ini, melibatkan lebih banyak aset termasuk pesawat udara Bombardier yang diterbangkan khas dari Subang, Selangor.

Beliau yang juga Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Kelantan, turut memberitahu, operasi mendapat bantuan nelayan tempatan serta kerjasama kerajaan Thailand.

Arman Ismail, 43 tahun, Harun Daud, 60 tahun dan Che Wadi Bakar, 40-an, merupakan tiga mangsa yang masih belum ditemukan sehingga laporan disiapkan.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Semasa
  • Hits: 838