Sunday, 22 May 2022

Negeri Sembilan catat peningkatan 22 peratus kes demam denggi

 

SEREMBAN, 1 Julai - Kes demam denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan 22 peratus bagi tempoh Januari hingga 27 Jun lepas kepada 1,498 kes berbanding 1,228 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan, menerusi kenyataan menyatakan, Seremban merekodkan angka kes tertinggi dengan seribu 263 kes, diikuti Rembau (56), Port Dickson (55), Jempol dan Tampin masing-masing 43 kes, juga Kuala Pilah serta Jelebu, masing-masing 19 kes.

Untuk minggu ke-26 iaitu dari 21 hingga 27 Jun, sebanyak 82 kes direkodkan di seluruh negeri ini.

Kenyataan S.Veerapan turut menyatakan tiada kematian akibat denggi dilaporkan pada minggu itu, menjadikan angka kes kematian kekal enam individu atau 0.4 peratus daripada keseluruhan kes setakat ini.

Pihak berkuasa juga mengesan 30 lokaliti masih aktif dan kesemuanya di Seremban.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Semasa
  • Hits: 641