Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Dua nelayan mangsa bot pukat tunda yang karam di perairan laut Pulau Enggang, Langkawi ditemukan selamat

LANGKAWI - Dua nelayan mangsa bot pukat tunda yang karam di perairan laut Pulau Enggang, Langkawi terselamat setelah berjaya berpaut pada bot.

Tekong Husain Saidin, 44 tahun dan awak-awak yang juga menantunya dari Kuala Kedah diselamatkan pasukan Polis Marin Langkawi, malam semalam.

Menurut Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Langkawi, DSP Rohizan Mohamad Saaid pihaknya telah menerima maklumat kejadian bot karam ketika menjalankan Op Gelora pada pukul 10.55 malam.

Setelah menerima maklumat berkenaan, pihaknya bergerak ke lokasi kejadian dan berjaya mengesan sebuah bot pukat tunda kelas B1 karam sementara mangsa sedang berpaut pada bot.

Mangsa kemudiannya diselamatkan dan dibawa balik ke pangkalan.

Laporan polis telah dibuat dan keluarga mangsa turut dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan mangsa akan dibawa pulang pagi ini.

((RTM LANGKAWI/NURUL))

  • Written by Media Baharu
  • Category: Semasa
  • Hits: 1251