Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Sepasang suami isteri dijatuhkan hukuman penjara dua tahun selepas mengaku bersalah dera anak lelaki mereka

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor selepas mengaku bersalah mendera anak lelaki mereka hingga mendatangkan kecederaan serius pada seluruh badan.

Tertuduh, Muhammad Farid Rosli dan isterinya warga Indonesia Yuliani Chosibah membuat pengakuan tersebut di hadapan hakim, Kamaruddin Kamsun.

Kedua-dua tertuduh turut dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dan melakukan khidmat masyarakat selama 48 jam, atau berdepan penjara setahun lagi sekiranya gagal berbuat demikian.

Sebelum itu, kedua tertuduh yang juga merupakan ibu kandung dan bapa tiri mangsa dilihat menangis dan merayu agar dikurangkan denda.

Hukuman dijatuhkan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pada 19 Februari lalu, kedua-dua mereka ditahan selepas didapati mendera mangsa berumur 12 tahun yang juga Orang Kurang Upaya, OKU menggunakan peralatan seperti rotan dan penyangkut pakaian,

mangsa yang masih trauma kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Suhaila Shafi'uddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

((RTM JOHOR/SOFIA))

  • Written by Media Baharu
  • Category: Semasa
  • Hits: 901