Monday, 16 May 2022

SPRM ambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Selasa depan

KUALA LUMPUR, 4 Julai -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow Selasa ini berhubung siasatan kes projek terowong dasar laut di negeri itu.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan, siasatan kini memasuki fasa akhir dan dijangka dilengkapkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Tengah hari tadi, Chow hadir di Ibu Pejabat SPRM Negeri, untuk mengiringi bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffrey Chew yang dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan berhubung projek berkenaan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang juga peguam kepada Chew.

SPRM turut mengambil keterangan bekas Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim dan bekas Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Datuk Lim Hock Seng.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Semasa
  • Hits: 763