Sunday, 22 May 2022

'Penguatkuasaan undang-undang bakal dipertingkat'-PM


KUALA LUMPUR, 20 Julai- 
Peningkatan jumlah kes positif yang membabitkan kemunculan 13 kluster baharu menjadikan kerajaan cakna akan keperluan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

Mereka yang enggan patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bakal berdepan tindakan lebih tegas.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui Perutusan Khas berhubung perkembangan PKPP, mengulas perkara berkenaan.

"Penguatkuasaan undang-undang juga akan dipertingkatkan."

"Dengan denda lebih berat akan dikenakan ke atas mereka yang melanggar undang-undang dan peraturan."

Menurut beliau, kerajaan sedang mengkaji untuk meningkatkan hukuman terhadap kesalahan terbabit.


  • Written by Media Baharu
  • Category: Semasa
  • Hits: 666