Thursday, 8 December 2022

RM271 juta perbelanjaan diperuntukkan bagi tahun 2023 - MAINS

NEGERI SEMBILAN, 8 Disember- Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memperuntukkan sebanyak RM271 juta perbelanjaan untuk tahun hadapan hasil daripada zakat, wakaf serta sumber am.

Menurut Pengerusi MAINS, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir, MAINS mempertingkatkan perbelanjaan untuk 2023 terutama daripada hasil kutipan zakat bagi pelaksanaan aktiviti kebajikan di Negeri Sembilan.


(Pengerusi MAINS, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir)

"Kita perlu ada dalam lingkungan RM50 juta, sebab kutipan zakat itu walaupun kita melipat gandakan usaha kita pasal bulan November, Disember adalah bulan yang orang banyak bayar zakat jadi kita harap beberapa hari tinggal untuk bulan Disember ini, kita akan dapat pertingkatkan.

"Jadi memang untuk tahun hadapan hanya tinggal seperti yang saya katakan tadi untuk keperluan kita dua tiga bulan pertama 2023, pasal kutipan biasanya rendah," katanya pada Taklimat Pencapaian MAINS kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Port Dickson.

Dalam pada itu, Setiausaha MAINS Zainal Said memberitahu, pihaknya MAINS terus komited melaksana aktiviti kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan.

"Kita sudah rancakkan aktiviti khususnya membantu golongan fakir miskin dengan program kesedaran dan dakwah, ini dapat kita pertingkatkan dengan maksimum dan kita dapat gunakan sebanyak mungkin dana zakat ini untuk kebajikan dan kebaikan umat Islam khususnya di negeri sembilan," katanya.


  • Written by Media Baharu
  • Category: Semasa
  • Hits: 54