Monday, August 26, 2019
updated 4:56 AM UTC, Aug 26, 2019

Barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah Tiada Perubahan

Kangar - Tiada perubahan dalam senarai barisan exco kerajaan negeri Kedah yang mengangkat sumpah  jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri, hari ini.

Majlis berlangsung di Istana Anak Bukit di Alor Setar.
  
Majlis angkat sumpah itu  diadakan di hadapan barisan jemaah pemangku sultan Kedah diketuai Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah .

Mendahului senarai, Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail; ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob; ADUN Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Md Zain;ADUN Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham Hashim dan ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid.

Turut mengangkat sumpah, ADUN Belantek, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah; ADUN Bandar Baharu, Datuk Nor Sabrina Mohd Noor; ADUN Jitra, Datuk Aminuddin Omar dan ADUN Gurun, Datuk Dr Leong Yong Kong.

Turut hadir pada majlis angkat sumpah tersebut, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.


  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 548