Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Status Hutan Simpan Kekal Bukit Cherakah, SACF tuntut Kerajaan Selangor perjelas kekeliruan

SHAH ALAM, 14 Oktober - Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SACF) menuntut penjelasan Kerajaan Negeri Selangor mengenai status Hutan Simpan Kekal Bukit Cherakah, Seksyen U10, Shah Alam.

Wakil SACF, Teckwyn Lim mahu satu pertemuan diadakan bagi mendapatkan penjelasan berhubung beberapa kekeliruan status penyahwartaan hutan seperti dinyatakan Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian bulan lalu.

Jelas Lim, lakaran peta pewartaan PW1443 yang dinyatakan sebagai bukti penyahwartaan sebelum ini tidak menunjukkan sebarang maklumat bagi mengesahkan proses berkenaan pernah dilakukan.

Lim berkata, menerusi Enakmen Perhutanan Selangor 1985, sebarang penyahwartaan hutan simpan kekal wajib diterbitkan melalui proses pemberitahuan dalam Warta Kerajaan Selangor yang akan menjadi sumber rujukan semua pihak.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat permohonan temu janji berkenaan kepada wakil pejabat Exco di pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Semasa
  • Hits: 85