Tuesday, 29 November 2022

Sultan Nazrin kurnia biasiswa Yang di-Pertuan Agong sesi pengajian 2019/2020 kepada 10 penuntut insititut pengajian tinggi

 

FOTO - ASYRAF ISHAK

ISTANA NEGARA : Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah berkenan mengurniakan biasiswa Yang di-Pertuan Agong sesi pengajian 2019/2020 kepada 10 penuntut insititut pengajian tinggi di istana negara hari ini.

Kesemua penerima biasiswa yang dipilih akan melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains dan teknologi di universiti-universiti tempatan dan luar negara.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah, ia mula diperkenalkan pada tahun 2006 bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar.

Bidang pengajian yang ditaja meliputi empat bidang utama iaitu sains dan teknologi, ekonomi, undang-undang dan kewangan Islam.

Kadar biasiswa yang ditawarkan juga amat menarik dimana kadar elaun sara hidup lebih tinggi diberikan iaitu 50 peratus

Sehingga kini, sebanyak 14 sesi penawaran biasiswa dilaksanakan sejak 2006 dan telah memberi manfaat kepada 161 penuntut IPT di seluruh negara.

((RTM / ASYRAF ISHAK))

  • Written by Media Baharu
  • Category: Semasa
  • Hits: 947