Thursday, 8 December 2022

TM naik taraf Streamyx dan Unifi di seluruh negara

IPOH - Dalam perkembangan lain, Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini mengumumkan pelaksanaan menaik taraf bagi meluaskan liputan dan kualiti kepada pelanggan Streamyx dan Unifi di seluruh negara.

Pengerusi Kumpulan TM, Rosli Man berkata, dengan usaha berkenaan ia bakal memberikan pengalaman internet yang lebih baik kepada pelanggan terutama dari segi kelajuan dan harga yang ditawarkan.

Menjelaskan perkara tersebut pada Program Kembara Digital; Rosli berkata bagi menghadapi cabaran berhubung rangkaian tembaga sedia ada; TM juga memulakan pelbagai jaringan teknologi baharu menerusi fiber, tanpa wayar dan 'GigaWire'.

Malah pelanggannya akan dinaiktaraf kepada rangkaian itu secara berfasa bermula hari ini sehingga 2021.

Dengan langkah berkenaan dijangka 70% kumpulan pelanggan bakal menikmati perkhidmatan Unifi menjelang akhir 2020.

Setakat ini TM telah menaik taraf 973,000 pelanggan Unifi.

Bagaimanapun, masih terdapat 934,000 pelanggan Streamyx dan Unifi yang masih belum menerimanya.

Selain itu; menerusi program #khabarbaik TM turut mengumumkan pakej jalur lebar baharu berkepantasan sehingga 8 Mega bit per saat pada harga RM 89.00 sebulan untuk pelanggan kediaman yang baharu.

Manakala bagi pelanggan sedia ada pula mereka bakal menikmati pakej ini pada kadar hanya RM 69.00 sebulan.

#BeritaRTM #RTM #Telekom #Streamyx #Unifi #Ipoh #Perak

 

  • Written by Media Baharu
  • Category: Semasa
  • Hits: 1455