Wednesday, 28 September 2022

Misi Bantuan : 200 penduduk Lombok Timur bakal meraikan Aidilfitri di masjid baharu

FOTO - ECONSAVE

 

LOMBOK, INDONESIA - Kira-kira 200 penduduk di Dusun Dasan Baru, Lombok Timur, Indonesia bakal meraikan Aidilfitri kali ini di sebuah masjid baharu. 

Ia apabila masjid yang sedang dalam pembinaan, akan siap 2 hari sebelum hari raya dan mampu memanfaatkan umat islam di Kampung tersebut. 

Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, masjid yang mampu memuatkan 100 jemaah dalam satu-satu masa itu dibina sejak seminggu lalu. 

Kos sebanyak RM100 ribu diperoleh hasil sumbangan orang ramai melalui tabung dan lombok. 

Pembinaan masjid di atas tapak asal itu dilakukan secara gotong-royong penduduk kampung. 

Selepas musnah Julai tahun lalu akibat gempa, jemaah masjid terpaksa solat di surau mini atau keluar ke kampung-kampung berdekatan. 

Beliau bersama sukarelawan Mycare, Pusat Pendidikan Hidayah dan ImanCare berada di Lombok sejak Sabtu lalu bagi misi kemanusiaan. 

Selain sumbangan RM100 ribu bagi membina masjid, sebanyak RM40 ribu disediakan untuk penyerahan pek makanan sempena Syawal. 

 

  • Written by Media Baharu
  • Category: Semasa
  • Hits: 611