Monday, 27 March 2023

Henti guna isu pengeluaran KWSP dalam politik - PM

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar mana-mana pihak berhenti menggunakan isu pengeluaran KWSP sebagai modal politik.

Tegasnya, situasi semasa ekonomi negara adalah lebih baik berbanding semasa sektor ekonomi ditutup akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Justeru langkah alternatif kini dilaksana bagi membantu rakyat termasuk menerusi suntikan caruman RM500 kepada pencarum dengan nilai simpanan bawah RM10,000.

Pengeluaran tambahan, sekiranya dilaksana juga bakal memberi kesan kepada dana pelaburan negara.

Beliau berkata ketika sesi soal jawab bersama penonton pada sesi Temu Anwar, sebahagian pengisian Youth Empowerment Fair berlangsung di ibu negara.