11 projek utama tingkat ekonomi Sabak Bernam
- Written by Media Baharu
- Published in Semasa

SELANGOR, 19 Mac- Sebanyak 11 projek utama dalam rangka pembangunan ekonomi bagi daerah Sabak Bernam menerusi Sabak Bernam Development Area, SABDA mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di daerah itu.
Melibatkan keluasan 1,137 hektar tanah, SABDA dilaksanakan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.89 juta.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Ir Izham Hashim berkata, kerajaan Negeri menganggarkan sebanyak 3,600 peluang pekerjaan baru akan diwujudkan menerusi SABDA ini.
(Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Ir Izham Hashim)
"Jadi bila tengok angka baru ini dua tahun ini sudah ada positif makna dia ramai sudah balik sama ada balik atau pun 'stay' sebab peluang pekerjaan nampak sudah mula pertanian sudah memberikan hasil yang baik masing-masing sudah mula bagi tumpuan untuk mengusahakan tanah insya-Allah apabila industri makin banyak dia akan lebih dekat dan itu akan membantu pertumbuhan ekonomi itu yang penting," katanya.
Malah, katanya, pulangan pendapatan hasil kepada pihak kerajaan pula sebanyak RM248 juta.
Antara projek utama SABDA, Pembangunan Kompleks Pendaratan Ikan Sekinchan, Pembangunan Semula Hay Resort, Pembangunan Industri Hiliran Hasil Laut dan Agro Makanan serta Pembinaan R&R dan Pusat Perniagaan Air Manis.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jelajah #Kita Selangor Penyayang di Dataran Niaga, Bagan Terap, Sungai Besar, Sabak Bernam, hari ini.