Monday, 27 March 2023

Bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Sri Medan perlu disegerakan

  • Published in Semasa

ISKANDAR PUTERI, 19 Mac - Lebih 4,000 rumah musnah akibat bencana banjir di Sri Medan, Batu Pahat, Johor dilaporkan, sejak 1 Mac lalu. 

Jumlah itu melibatkan 5,670 ketua isi rumah di daerah tersebut. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, bantuan kepada penduduk terjejas di kawasan tersebut juga perlu disegerakan memandangkan penduduk telah kehilangan mata pencarian akibat banjir. 

(Zulkurnain bercakap kepada pemberita selepas persidangan dewan negeri (DUN) Johor
di Kota Iskandar, Iskandar Puteri)

"Penduduk di Sri Medan bergantung kepada hasil pertanian, kalau kita lihat tanaman yang musnah kita bina balik kehidupan akan mengambil masa, sebab itu kerajaan perlu memikirkan melalui agensi-agensi yang ada seperti jabatan pertanian, usahawan bagaimana untuk bantu mereka ini," kata Zulkurnain, di sini.

Menurutnya kegiatan ekonomi di kawasannya juga akan mengambil setahun untuk kembali pulih dengan nilai kerugian dianggarkan lebih RM100 juta.