Monday, 27 March 2023

Banjir: Segamat pulih sepenuhnya

  • Published in Semasa

JOHOR BAHRU, 19 Mac- Daerah Segamat pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negari (JPBN) memaklumkan seramai 15,907 orang masih ditempatkan di 68 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini, berbanding 17,125 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi. 

Pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang beroperasi, iaitu PPS Balairaya Batu Badak, ditutup 4 petang ini.

(Daerah Segamat pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing)

Menurut jatankuasa berkenaan, hanya Batu Pahat masih terjejas, namun jumlah penduduk berlindung di PPS menunjukkan trend penurunan.

"Dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Pasir Puteh di Batu Pahat; dan Balai Raya Batu Badak di Segamat telah pun ditutup berikutan banjir telah surut," menurut jawatankuasa itu. 

Sebanyak tiga sungai di Batu Pahat berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini berada pada paras 19.09meter (m), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong dengan bacaan 11.24m serta Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.34m.