Sunday, 26 March 2023

Raja Muda Selangor mencemar duli sertai Kayuhan Menjunjung Kasih 2022

  • Published in Semasa

KLANG, 19 Mac - Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menyertai Kayuhan Menjunjung Kasih 2022 yang melibatkan perjalanan sejauh 50 kilometer di sekitar Klang, Selangor.

Dianggarkan seramai hampir 1,000 orang peserta mengambil bahagian program kayuhan yang dijalankan secara dwi tahunan dimana kali terakhir ia dijalankan pada tahun 2019.

Ahli Parlimen Klang, Yang Berhormat Ganabatirau A/L Veraman yang turut hadir berkata, aktiviti seperti ini amat baik dan ia memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.

Jarak kayuhan sejauh 50 kilometer adalah simbolik sambutan 50 tahun Sime Darby Property selain memupuk gaya hidup sihat selain mempromosi kawasan menarik dan bersejarah di Klang.

(Kayuhan Menjunjung Kasih 2022 sejauh 50km, memupuk gaya hidup sihat)

Peserta juga akan menikmati pemandangan pembangunan infrastruktur yang tersusun, keindahan suasana bandar dan desa serta menikmati kawasan rekreasi Taman Bandar Bukit Raja sepanjang kayuhan ini dijalankan.