Polis KL anjur Cops Night Ride 2023
- Written by Media Baharu
- Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Program KL Cops Night Ride 2023 bersempena dengan Sambutan Hari Polis ke-216 anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu melibatkan seramai 2,300 peserta bagi memeriahkan program tersebut.
Laluan sejauh 21.6 kilometer itu di sekitar kawasan ibu kota.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, ia merupakan salah satu inisiatif pihaknya untuk mendekati masyarakat dan komuniti setempat.
"Program ini julung kali dilaksanakan dan insya-Allah berdasarkan pada sambutan yang kita dapat ianya akan menjadi program tahunan kita di sini.
"Kemeriahan dapat kita rasakan dan saya berharap sasaran untuk kita mendekati masyarakat di sekitar Kuala Lumpur ini akan tercapai dan peserta-peserta bergembira dengan program yang kita adakan dan itu sebagai satu simbol mereka memberikan kerjasama yang baik kepada kita dalam kita menjami keselamatan dan ketenteraman awam di Kuala Lumpur," katanya kepada RTM ketika ditemui selepas menyempurnakan upacara gimik pelepasan peserta kayuhan berbasikal tersebut di perkarangan IPK Kuala Lumpur, disini.
Kayuhan basikal bermula di IPK Kuala Lumpur dan melalui beberapa buah jalan di sekitar ibu kota antaranya, Jalan Hang Tuah, Jalan Pudu, Jalan Raja Laut, Jalan Ampang, KLCC dan Jalan Conlay.
(Azmi Abu Kassim)