Monday, 27 March 2023

Matta sasar jualan RM400 juta

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) menyasarkan kira-kira RM400 juta jualan dicapai menerusi tiga hari penganjuran Pameran Matta.

Presidennya, Datuk Tan Kok Liang yakin angka tersebut mampu dicapai berdasarkan sambutan yang diterima pada tahun ini.

"Dalam fasa pandemik, kita dapat 515 gerai tetapi, kali ini sebanyak 1,416 gerai.

"Ini menunjukkan bahawa ekonomi bertambah baik, selepas berkurung dua tahun lebih sekarang boleh berkunjung di di dalam negara atau bercuti di luar negara," katanya kepada RTM.

Pengunjung yang ditemui berpuas hati dengan harga yang ditawarkan pada pameran tersebut.

Menurut Eireen Koo, "melancong ke luar negara atau pun dalam negara pun boleh. Di Pameran MATTA, harga yang ditawarkan lebih murah berbanding sebelum ini."

Bagi Abd Avis Kadir, pameran MATTA memberikan banyak pilihan kepadanya,"alhamdulillah, sekiranya dibandingkan dengan Ipoh, ianya sangat terhad. Di sini kita boleh pergi ke mana sahaja destinasi yang ditawarkan oleh ejen."

Matta Fair yang bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, berakhir pada Ahad dan dibuka kepada pengunjung dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam.

Bas ulang alik secara percuma juga disediakan dari KL Sentral dan Sunway Putra ke MITEC sepanjang pameran berlangsung.

(Tan Kok Liang)