Monday, 27 March 2023

Tiada kelas akademik minggu pertama persekolahan

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Keputusan untuk tidak mengadakan kelas akademik pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024; bukan sesuatu yang mudah.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjelaskan, "pekeliling baharu Kementerian Pendidikan dikeluarkan setelah penelitian yang lama, agar langkah tersebut memberi impak kepada pihak terlibat.

"Pekeliling asal berusia 34 tahun dilaksanakan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Pelajaran," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dalam sidang media sempena amanat pembukaan sesi persekolahan 2023/2024 memaklumkan tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan tersebut.

Sebaliknya ia diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.

Fokus hari pertama persekolahan sebelum ini adalah kepada akademik tetapi langkah yang diambil pada sesi kali ini adalah melaksanakan pendidikan didik hibur dan pembelajaran berasaskan projek mudah.

Sesi persekolahan akan bermula pada Ahad bagi negeri Kumpulan A, manakala negeri Kumpulan B akan bermula Isnin ini.

(Foto hiasan)