Monday, 27 March 2023

Situasi banjir di Johor semakin pulih

  • Published in Semasa

JOHOR BAHRU, 18 Mac - Situasi banjir di negeri Johor sehingga pukul 8 malam tadi terus menunjukkan perkembangan baik apabila penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negari (JPBN) memaklumkan seramai 19,041 orang masih ditempatkan di 75 PPS berbanding 20,107 orang di 77 PPS yang direkodkan setakat pukul 4 petang tadi.

Dua PPS yang ditutup ialah Masjid Lapis Parit Bangas di Sri Medan dan Sekolah Agama Seri Laksana di Semerah, kedua-duanya di Batu Pahat.


(Foto fail)

Batu Pahat masih mencatatkan penduduk terjejas paling ramai dengan 19,039 orang daripada 5,423 keluarga diikuti Segamat melibatkan dua orang daripada satu keluarga.

Cuaca di semua daerah sehingga malam tadi dilaporkan cerah kecuali di Muar di mana cuacanya mendung dan tiada sungai direkodkan berada di paras bahaya.