Lelaki warga emas maut dalam kebakaran
- Written by Media Baharu
- Published in Semasa

LIPIS, 18 Mac- Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran membabitkan rumah di Kampung Paya Keladi, di sini, pada pukul 5.00 petang tadi.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata mangsa dikenali sebagai Yusof Kindok berusia 77 tahun.
"Mangsa yang tinggal seorang diri ditemukan kira-kira lima meter dari rumahnya.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.
"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya menerusi kenyataan.
(Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat)