Monday, 27 March 2023

Peruntukan RM5.7 juta untuk inisiatif perumahan veteran tentera

  • Published in Semasa

KOTA BHARU, 18 Mac- Sejumlah RM5.7 juta diperuntukkan Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bagi inisiatif perumahan veteran tentera tahun ini.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, peruntukan tersebut disalurkan untuk membaik pulih 125 rumah dan membina 27 kediaman baharu.

"Untuk tahun ini sahaja, 44 buah rumah veteran tentera yang dikategorikan sebagai uzur telah siap dibaiki," katanya selepas menziarahi veteran tentera, Che Ahmad Mamat, 66 tahun, yang menderita penyakit usus bocor di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa.

(Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan)

Terdahulu, Adly turut meluangkan masa melawat tujuh veteran tentera sempena Program Peduli Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PPV ATM), kali kedua selepas dijalankan di Melaka sebelum ini.