MRSM terima lebih 90,000 permohonan seluruh negara
- Written by Media Baharu
- Published in Semasa

KOTA BHARU, 18 Mac- Lebih 90,000 permohonan diterima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) daripada pelajar tingkatan satu dan empat di seluruh negara.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, daripada jumlah itu, hanya 7,169 tempat sahaja ditawarkan untuk pelajar menyambung pengajian di kesemua 55 institusi tersebut.
"Kami akan tengok rayuan yang diperoleh ini, bergantung kepada pelajar yang mungkin tidak hadir atau tolak dan sebagainya.
Ini kerana kita tahu sekolah-sekolah lain juga sudah mula menawarkan tempat," katanya selepas mengadakan perjumpaan bersama warga MRSM Pengkalan Chepa dan Ketua Pusat Pentadbiran MARA di MRSM Pengkalan Chepa, di sini.
(Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA)
Mengulas mengenai lawatannya, beliau berkata, ia merupakan sebahagian tanggungjawab untuk memastikan bukan hanya pelajar mendapat keselesaan malah kebajikan guru juga diberi perhatian.
Datuk Dr. Asyraf Wajdi turut meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk membaik pulih bangunan dan kelengkapan MRSM Pengkalan Chepa.