Monday, 27 March 2023

Kerajaan tanggung kos haji RM1,000 jemaah B40 - PM

  • Published in Semasa

SHAH ALAM, 18 Mac- Kerajaan mengumumkan tiada kenaikan kos haji bagi jemaah haji B40 pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kos sebanyak RM1,000 itu kepada golongan B40 akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

"RM1,000 itu akan ditanggung Kementerian Kewangan agar golongan tersebut dapat menunaikan haji tanpa kenaikan.

"Inisiatif tersebut dilakukan Kerajaan Perpaduan dalam usaha mengurangkan beban ditanggung B40 dalam menunaikan Rukun Islam kelima itu," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Tabung Haji memaklumkan kos bagi menunaikan haji bagi tahun ini akan meningkat kepada RM30,850 seorang.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau terbuka sekiranya mana-mana pihak termasuk pembangkang memberi cadangan penambahbaikan pentadbiran Kerajaan Perpaduan hari ini.

Namun beliau mengingatkan sekiranya terdapat pihak menyalakan api perkauman dan agama yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman, beliau tidak teragak-agak untuk mengarahkan pihak berkuasa untuk membuat tangkapan.


(Peningkatan itu naik lebih RM2,000 pada tahun lalu)