Wednesday, 1 February 2023

 

4 kru ditemukan, 18 dikhuatiri lemas kapal kargo karam di Jepun

  • Published in Berita Dunia

(FOTO WIKIPEDIA)

TOKYO, 25 Januari- Pengawal Pantai Jepun mengesahkan empat anak kapal diselamatkan, namun 18 orang yang lain dilaporkan masih hilang susulan kejadian kapal kargo yang membawa balak karam di perairan antara Korea Selatan dan Jepun.

"Sebuah pesawat sudah berada di tempat kejadian dan dua kapal sedang dalam perjalanan," tambah pegawai itu, yang enggan namanya disiarkan.

Kapal itu membuat panggilan kecemasan sekitar 11.15 malam waktu tempatan pada hari Selasa, kata pengawal pantai.

Lokasinya, kira-kira 110 kilometer (65 batu) di barat pulau Danjo yang terpencil dan tidak berpenghuni di barat daya Jepun; menyukarkan pasukan penyelamat untuk sampai ke kawasan tersebut.

Kemalangan itu berlaku ketika cuaca sejuk melanda sebahagian besar Jepun, dengan salji lebat turun di beberapa pulau berhampiran mencecah tiga darjah celcius.



(Pengawal Pantai melakukan operasi mencari dan menyelamat kru kapal kargo di perairan
antara Korea dan Jepun/REUTERS)

Pengawal pantai mengenal pasti kapal itu sebagai kapal kargo seberat 6,651 tan bernama Jintan dan didaftarkan di Hong Kong.

Menurut pengawal pantai, anak kapal termasuk 14 warga China dan lapan orang dari Myanmar,  -AFP