Wednesday, 1 February 2023

 

Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Rompin

  • Published in Semasa

(Hujan lebat berterusan sejak Isnin lalu menyebabkan kediaman penduduk di Kampung Baru Perwira Jaya
dinaiki air banjir)

ROMPIN, 25 Januari- Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Rompin, Pahang dibuka ekoran banjir kilat yang berlaku malam tadi.

Seramai tujuh penduduk terjejas banjir daripada dua keluarga dipindahkan ke PPS Balai Raya Bandar Perwira Jaya, Rompin

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hujan lebat berterusan sejak Isnin lalu menyebabkan kediaman mereka di Kampung Baru Perwira Jaya dinaiki air.

Sementara itu, data menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan paras dua sungai di Rompin melepasi paras amaran pada pukul 7.45 pagi tadi.

"Sungai berkenaan ialah Sungai Pukin dan Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong," jelasnya.

Data berkenaan turut memaklumkan, tujuh sungai merekodkan paras waspada berikutan hujan lebat berterusan di beberapa daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran dan Temerloh.

(PPS Balai Raya Bandar Perwira Jaya)